10 Cara/Tips/Petua/Produk Untuk Kuruskan Badan CEPAT!!

ubat kurus

10 Cara/Tips/Petua/Produk Untuk Kuruskan Badan CEPAT!!

Nak kurus cepat? Cubalah makanan/minuman di bawah yang senang didapati di Malaysia!

1. Air putih
produk kurus

Amalkan meminum segelas air putih 20 minit sebelum makan. Ia boleh mengurangkan jumlah kalori yang akan diambil. Pengambilan air putih yang konsisten sepanjang hari juga dapat mengawal rasa lapar, seterusnya mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

2. Sayuran berdaun
Pengambilan sayuran berdaun setiap kali makan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Sayuran berdaun mengandungi kalori yang rendah, juga vitamin dan mineral serta serat yang tinggi yang dapat membantu mengurangkan penyimpanan air dalam badan.

3. Teh hijau
produk kuruskan badan
Teh hijau mengandungi anti-oksidan dan membantu membakar lemak dengan cara meningkatkan metabolisma badan. Selain itu, pengamalan meminum teh hijau dapat membantu menyingkirkan cecair berlebihan dari badan dan meredakan tekanan.

4. Oat
Umum mengetahui bahawa oat mengandungi serat yang amat tinggi yang dapat menurunkan kolestrol. Oat juga merupakan makanan yang mengeluarkan tenaga secara perlahan sepanjang hari yang membantu kita merasa kenyang lebih lama. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

5. Minyak zaitun
tips untuk kurus

Lemak tak tepu seperti minyak zaitun dapat membantu menahan rasa lapar. Selain daripada itu, ia mengandungi bahan kimia yang dipanggil asid oleik yang membantu memecahkan lemak berlebihan di dalam badan seterusnya mengurangkan kandungan lemak dalam badan.

ubat kurus

 

6. Jus kranberi
Mengandungi anti-oksidan dan vitamin C yang tinggi dan bersifat diuretik, jus kranberi menggalakkan badan menyingkirkan cecair berlebihan dari badan melalui pembuangan air kecil. Ini dapat mengurangkan berat badan melalui proses penyingkiran cecair yang berlebihan.

7. Kekacang
petua kurus

Kekacang mengandungi zat-zat seperti protein dan serat. Ia juga rendah kalori dan mengeluarkan tenaga secara perlahan. Ini membantu kita merasa lebih kenyang dan membantu mengawal keinginan untuk makan secara berlebihan. Kandungan protein yang tinggi pula membantu memejalkan otot.

8. Pisang
Selain daripada zink dan serat yang mengeluarkan tenaga secara perlahan, pisang juga membantu mengeluarkan cecair berlebihan dari badan disebabkan oleh kandungan potassiumnya yang tinggi.

9. Halia
cara kurus cepat

Digunakan sejak zaman-berzaman di dalam perubatan tradisional, halia mengandungi bahan anti-radang dan anti-oksidan yang dapat membantu di dalam proses penghadaman. Selain daripada itu, ia juga mengandungi enzim zingibain yang terlibat dalam proses penghadaman protein.

10. Tomato
Tomato dikatakan membantu mengurangkan keradangan dan penyimpanan air dalam badan. Selain itu, ia mengurangkan penolakan tubuh terhadap leptin, iaitu sejenis protein yang membantu mengimbangkan kadar metabolisma badan dan selera makan.

 

Artikel yang anda sedang baca ini berkaitan dengan produk kurusproduk kuruskan badantips untuk kuruspetua kuruscara kurus cepat.

Terima kasih kepada MSN , Wiki Ms.

ubat kurus

Share This: